Nothing.Perfect.Than.You
ALAT KOLABORASI KOMUNIKASI
Tuesday, December 3, 2019 | 3:13 PM | 0 comments
Image result for upsi logo

PENGENALAN
Alat kerjasama atas talian merupakan pusat untuk membantu orang bekerjasama menyelesaikan tugasan. Alat kerjasama atas talian ini bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan perbincangan atau kerja kumpulan bagi mencapat matlamat bersama dengan lebih mudah. Idea terawal untuk menggunakan komputer dalam urusan kerja bersama orang lain telah tercetus sejak tahun 1945. Pada ketika itu, Vannevar Bush telah kongsikan pemikirannya dalam sebuah artikel yang berjudul "Seperti yang Kita Fikirkan". artikel tersebut adalah perkongsian mengenai pemikirannya tentang sistem yang diberi nama “memex” iaitu sistem yang menyimpan buku, rekod dan komunikasi seseorang dan menjadikannya tersedia pada bila-bila masa. Pada peringkat ini dia memanggilnya "suplemen yang diperbesar untuk ingatannya".
Jika pada akhir 1990-an, alat kerjaasama atas talian lebih bersifat sehala seperti emel, mesej pantas dan pesanan suara. Namun, hal ini telah semakin maju apabila teknologi telefon dua hala, video berkumpulan, dan telefon berkumpulan muncul. Kekurangan alat-alat tersebut adalah penggunanya hanya boleh melakukan satu kerja sahaja dan tidak meluas. Sebagai contoh, jika hendak bervideo, dokumen yang ingin dikongsikan perlu diemelkan. Jika mahu emel pula, mengambil masa yang agak lama untuk maklumat tersebut sampai.

APLIKASI “FLOCK”
 Image result for flock apps
‘Flock’ merupakan salah satu penyelesaian yang telah diwujudkan dalam menghadapi cabaran komunikasi dalam era digital yang seterusnya membawa kepada penciptaan paradigma yang baru. ‘Flock’ merupakan satu aplikasi yang dicipta oleh Bhavin Turakhia pada 2014. Aplikasi ini boleh didapati dengan mudah di sistem-sistem pemprosesan seperi iOS, Android, Chrome, macOS dan Windows. ‘Flock’ berfungsi sebagai alat kolaborasi dan komunikasi dan membenarkan pengguna apliasi ini untuk menerima notifikasi atau pemberitahuan secara langsung.


Pengguna aplikasi ‘Flock boleh mencipta saluran peribadi atau umum mengikut kegunaan tertentu. Saluran umum terbuka kepada sesiapa sahaja Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan kemudahan penghantaran mesej menerusi saluran ‘Flock’, mesyuarat melalui video, perkongsian dokumen dan sejarah perbuaan yang tidak terhad. Peengguna ‘Flock’ boleh mencipta pelbagai kumpulan atau individu tertentu dengan menghantar URL yang telah disediakan.


Pengguna aplikasi ‘Flock boleh mencipta saluran peribadi atau umum mengikut kegunaan tertentu. Saluran umum terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai tanpa memerlukan jemputan daripada pentadbir kumpulan. Manakala, saluran peribadi pula bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, minat dan pengalaman dan berfokus kepada perbincangan dan hanya boleh disertai oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.


‘Flock’ juga dilengkapi dengan kemudahan seperti ‘reminders’, ‘poll app’, ‘shared to-dos’, ‘note-sharing dan seumpamanya. Kemudahan ini telah membantu masyarakat khususnya pelajar dalam memastikan segala perkongsian maklumat dan tugasan diselesaikan. Aplikasi ini juga mempunyai platform yang tersendiri iaitu FlockOS untuk memcipta aplikasi dan bot yang dapat membantu masyarakat atau individu untuk mencipta aplikasi inovatif menggunakan FlockOS.
ULASAN APLIKASI “FLOCK”
Flock merupakan sebuah alat perisian yang merupakan aplikasi komunikasi yang memudahkan urusan sesuatu perniagaan atau pekerjaan seseorang. Flock terdapat dalam dua versi di mana ianya boleh dipasang pada telefon dan pada komputer.kami memilih aplikasi ini kerana pertamanya ianya merupakan aplikasi yang percuma untuk digunakan dan penggunaanya yang tidak terlalu sukar. Namun, aplikasi ini juga menawarkan  pelbagai ciri-ciri tambahan yang tiada pada versi percuma dan Ianya perlu dibelI.  Seperti aplikasi lainnya, flock mempunyai banyak kelebihan di mana, kita dapat berkongsi pelbagai maklumat dan berbincang mengenai sesuatu topik dengan mudah dengan rakan kumpulan. Selain itu, kita juga dapat menghantar dokumen, membuat panggilan audio dan video di mana ianya memudahkan kita untuk berkomunikasi secara atas talian secara percuma.
Di samping itu, melalui pemerhatian dan penggunaan yang telah dilakukan, aplikasi ini sangat sesuai digunakan dalam bidang pekerjaan berbanding untuk bersosial kerana ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi ini banyak kepada berkongsi maklumat dan perbincangan. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi ini ialah kita dapat berkongsi fail, berkongsi dokumen dari google drive, berkongsi nota dan membuat semakan kerja, mempunyai kalendar untuk memudahkan penghantaran tugasan, peringatan dan lain-lain. Dengan adanya ciri-ciri ini, Ianya menjadikan pekerjaan kita lebih mudah.
Walaubagaimanapun, Flock juga mempunyai kekurangannya di mana terlalu banyak kemaskini aplikasi perlu dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Hal ini menyebabkan lebih banyak ruang memori digunakan dan data diperlukan. Selain itu juga, untuk membuka pesanan atau mesej yang lama,ianya memakan waktu yang agak lama dan menyebabkan aplikasi tidak dapat befungsi dengan baik.



PERBANDINGAN APLIKASI WHATSAPP DAN FLOCK


Whatsapp
Flock



Image result for flock apps

Hampir kesemua orang mempunyai aplikasi Whatsapp
Tidak ramai orang mempunyai aplikasi Flock, namun ia boleh di download secara percuma di google playstore atau Appstore
Akan bercampur dengan mesej personal yang mana ia akan mengelirukan dan membuat pengguna terlepas pandang informasi yang penting
Penguna akan lebih peka akan informasi yang diterima oleh rakan sekumpulan
Nampak lebih santai
Nampak lebih formal

PENUTUP
Kesimpulannya, Flock banyak manfaatnya berbanding dengan alat kerjasama atas talian yang lain kerana mampu menyimpan fail dengan banyak. Walaupun ada kekurangannya, namun ia mampu diselesaikan jika komputer dan telefon kita berada dalam keadaan baik. Sebagai seorang pelajar, penggunaan penggunaan aplikasi Flock sangat digalakkan kerana setiap pelajar mempunyai pelbagai kumpulan tugasan yang perlu disertai. Maka, untuk memudahkan urusan pelajar, gunakan platform mudah yang telah disediakan supaya masa dan perancangan kita lebih tersusun dan berstrategi.


Older Post | Newer Post
Hello.Strangers

Hello, My Name is Aidatul Nurul Afiqah for short Aidatul. Everything I write comes from my whole heart. I'm sorry if it offends you. Oh, and thank you for visiting ツ