Hai Guys
Friday, October 25, 2019 | 8:45 PM | 0 comments
Berburu rusa ke tengah hutan,
Rusa ditinggal dimakan macan,
Salam kenal teman-teman,
Selamat datang ke Blog peribadi saya. Terlebih dahulu saya ingin mengenalkan diri saya, Nama saya Aidatul Nurul Afiqah bt Mohd Asri. Saya pelajar Degree tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Post pertama di blog ini ada lah salah satu post yyang membawa kepada markah assigment bagi salah satu mata pelajaran yang perlu saya ambil pada semesta 6 ini iaitu teknologi media. Teknologi media ini mengajar saya tentang perkembangan teknologi terhadap pelbagai media yang ada di dunia ini. Hal ini termasuklah televisyen, radio, majalah, telefon bimbit dan juga internet.
cukup dengan pengenalan tentang subjek ini, saya ingin tceruskan kepada pengenalan diri. saya dilahirkan oleh ibu saya di Ipoh perak pada 3 June 1997. saya juga merupakan anak yang ke 3 daripada 4 beradik yang terdiri daripada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki.
Semasa lapang, saya akan menghabiskan masa saya dengan menonton Netflix dan beriadah bersama kawan kawan rapat saya. hal ini telah merapatkan lagi hubungan saya bersama teman saya samada di universiti dan di kawasan rumah.
Saya mempunyai personaliti yang agak biasa yang mana saya akan menjadi sangat peramah apabila dikelilingi orang yang rapat namun sekiranya saya berada di kelompok orang yang agak riuh say akan menjadi pendiam kerana saya tidak dapat membiasakan diri dengan suasana yang terlalu meriah. saya tidak lah seorang pendiam namun saya tidak juga periang tetapi saya akan sentiasa mencuba untuk memasukkan diri saya dalam sesebuah sintuasi itu dengan baik.
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, saya seorang yang boleh bekerja secara berkumpulan dan juga secara sendiri. Namun saya lebih selesa membuat kerja secara sendiri kerana saya bimbang akan ketidak serasian apabila melakukan sebarang pekerjaan. tetapi saya percaya sekiranya masing masing mempunyai sikap bertolak ansur dan bertanggungjawan, setiap pekerjaan secara berkumpulan akan berjalan dengan lancar.
Sekian itu sahaja pengenalan diri yang boleh membuatkan orang ramai mengenali diri ini, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing, perangai juga berbeza namun ia bergantung kepada bagaimana kita cuba untuk menerima seseorang itu menjadi salah seorang yang ada dalam kehidupan kita.
Sekian, terima kasih..